loading...

[VIDEO] Gadis Disangka Malas Sebab Kerja Warung Saja, Rupanya Bakal Sambung PhD



 Sudah menjadi kebiasaan golongan anak muda zaman sekarang bekerja sementara tunggu sambung belajar kan? Misalnya, mereka akan membuat pekerjaan seperti penghantar makanan, perniaga atas talian dan bermacam lagi. Selain mengisi masa terluang, mereka juga boleh memperoleh pendapatan sampingan. Namun hakikatnya golongan ini tak mampu lari daripada tanggapan negatif orang lain tentang kerja part time yang sedang diusahakan.

Diperlekeh sehingga dibandingkan dengan anak customer… gadis initernyata pemegang Master

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai Cik Qis membuka cerita bahawa dirinya pernah diperlekeh oleh seorang individu yang tak dikenali gara-gara bekerja di sebuah kedai makan. Bukan sahaja dibandingkan dengan anak lelakinya, pak cik tersebut juga melabelnya sebagai seorang yang pemalas hanya kerana bekerja di sana. Namun realitinya, Cik Qis baru sahaja menghabiskan program Master malah sedang menuggu kemasukan untuk Ijazah Kedoktoran atau PhD pula pada Mac akan datang.
@babyqis93

Mampu senyum je laa 😅 fyp jangan lupa komen. Biar pakcik ni tengok😂##fyp ##tiktokmalaysia ##fypp

♬ Jedag Jedug - Dony 🎧🤖

Fikiran segelintir masyarakat memang macam tu…pernah kena tapi diam je & akhirnya buktikan

Secara keseluruhannya, video berdurasi 10 saat itu telah meraih lebih 60 ribu tontonan dan rata-rata netizen tumpang bangga dengan kejayaan dikecapinya setakat ini. Selain berkongsi pengalaman lebih kurang sama dengan gadis tersebut, mereka turut terinspirasi dan berharap dapat mengikut jejak langkahnya.






Sumber: TikTok @Cik Qis