loading...

“Tolong Balas Sayangku..”-Suami Sempat Kirim Mesej Sebelum Nahas Sriwijaya Air



 Sekitar petang semalam, seluruh dunia telah dikejutkan dengan tragedi nahas pesawat pertama tahun 2021 melibatkan pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air dari Indonesia. Pesawat komersial yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan dan terhempas selepas kira-kira 4 minit berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, menuju ke Pontianak. Menerusi perkembangan terkini, pasukan misi mencari dan menyelamat tempatan telah berjaya menemukan beberapa serpihan badan pesawat dan cebisan tubuh manusia di lokasi nahas.




Pramugari sebak suami antara yang terkorban… “kuatkan diri, kamu pasti boleh bertahan”

Seorang pramugari bernama Aldharefa antara waris yang terkesan apabila suaminya dilaporkan terbabit dalam insiden tragedi itu. Menyentuh hati ramai, beberapa posting yang dimuat naik di InstaStory miliknya mengenai luahan kerinduan buat lelaki tersebut yang juga merupakan salah seorang krew pesawat malang berkenan.



Isteri dedah mesej terakhir daripada suami sebelum dikejutkan berita pesawatterhempas 


“Tunggu Apih ya sayangku”, menjadi ayat penuh duka yang tidak akan pernah dilupakan oleh wanita ini. Kata-kata berkenaan merupakan pesanan terakhir daripada suami tercinta menerusi kiriman WhatsApp sebelum tanpa disangka-sangka pesawat Sriwijaya Air itu terhempas. Aldharefa malah turut bertanyakan sama ada lelaki berkenaan sudah selamat tiba di destinasi, namun langsung tiada sebarang respon diberikan.