loading...

[VIDEO] Anak Nangis Tak Henti, Terkejut Ayah Habis Kuarantin Muncul Depan Mata.



 Berpisah dengan keluarga bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya di musim pandemik COVID-19 ini. Banyak sebab yang membuatkan mereka perlu berjauhan sementara waktu termasuklah keperluan melakukan kuarantin bagi mengelakkan wabak berkenaan tersebar. Situasi menyayat hati ini turut dilalui oleh keluarga kecil yang berasal dari Johor.

Suami buat kejutan lepas berpisah lama…anak terkejut lari dakap ayah lepas rindu

Menerusi perkongsian @cikkyaya di TikTok, suaminya baru sahaja selesai menjalani proses kuarantin dan pulang ke rumah bagi membuat kejutan. Tanpa disangka-sangka, anak lelakinya sedar lalu terkedu apabila melihat si ayah muncul di depan mata. Moment tersebut bertambah sebak sebaik sahaja si cilik itu bangun dan saling erat berdakapan. Di sebalik keterujaan itu, ramai pula netizen mula menegur tentang status gelang berwarna yang dipakai oleh lelaki berkenaan.

@ciikyaya

Ayah buat suprise..tibe2 balik umi pon terkejut🥺🥺##fyp ##fypシ ##fypage ##2021🤣 ##tiktok

♬ original sound - D_Anna Keysha

Gelang pink itu bertujuan untuk kuarantin…suami bebas virus COVID 

Susulan persoalan tersebut, wanita berkenaan sempat berkongsi bahawa gelang pink itu dikhaskan untuk individu yang diarahkan untuk kuarantin bukan dijangkiti. Gelang itu juga telah dipotong dan mengesahkan suaminya bebas wabak berkenaan.

@ciikyaya

Sebab ramai yg tye kenapa pkai gelang pink?Result swab test##Fyp ##fypage ##2021🤣

♬ Lagu Tahun Baru by DJ Lucu - Lucu Lucu Video

Sedihnya, anak pun terpaksa berpisah dengan ayahnya… pernah tinggal anak 2 jam, dia bangun terus dakap

Secara keseluruhannya, video berdurasi 20 saat itu telah meraih lebih 100 ribu tontonan dan rata-rata netizen berasa sedih menyaksikan moment indah anak-beranak itu. Tidak terkecuali, mereka juga sempat meluahkan pengalaman masing-masing yang turut alami nasib sama dengan keluarga ini.

 




Sumber: TikTok @cikkyaya part 1 & 2