loading...

BFF Akur Tak Dapat Naik Pelamin Dengan Ayda Jebat, Batal Walaupun 70% Dah Siap.



 Di sebalik kemeriahan perkahwinan Ayda Jebat pada 1 Januari lalu, rupanya ada kisah pilu berkenaan rakan baiknya. Perancangan pelakon, Alia Afiqah Abden atau lebih dikenali Lia Natalia ingin ‘naik pelamin’ sekali bersama-sama penyanyi ‘Nakal’ itu pada hujung tahun lepas tidak kesampaian.


Persiapan nikah dah 70%, tinggal naik pelamin…tapi akhirnya redha jodoh tiada.


Ketika ditanya tentang perasaannya, Lia Natalia mengakui agak sedikit ralat apabila perkahwinan itu terpaksa dibatalkan. Hampir kesemua preparation dah siap seperti tempahan lokasi, tiket penerbangan ke Sabah, hantaran dan lain-lain. Ditanya mengenai jodoh baru, dia sempat berseloroh mungkin suatu masa nanti akan dapat bakal suami yang lebih muda.




Masalah sangat besar, takkan nak gamble kahwin… tak cemburu walaupun BFF dah kahwin dulu. 

Menerusi temu bual bersama mStar, Lia Natalia menyatakan dia tidak ingin salahkan mana-mana pihak mengenai isu perkara ini serta memberitahu hanya keluarga dan rakan karib saja tahu hal sebenar. Pelakon cantik ini menambah, hatinya sedikit terusik melihat Ayda diijab kabul tetapi dia happy dengan keputusannya.



Semoga Lia dapat jodoh yang lagi hebat…kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan.

Rata-rata, ramai netizen yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Lia Natalia. Mereka menambah bahawa jodoh dan ajal semuanya telah ditentukan oleh Tuhan.








Sumber: Erin Sakura Instagram Lia-Natalia Youtube mStar Online Malaysia.