loading...

Adik Gagal Tahan Sebak Jadi Wali, Berat Nak Lepaskan Kakak Jadi Isteri Orang.

 


Selain ibu dan ayah, adik-beradik merupakan orang yang paling rapat dalam kehidupan seseorang. Gara-gara itu, apabila salah seorang daripada mereka telah menamatkan zaman bujang pasti akan dirindui oleh seisi keluarga.


Gara-gara hubungan yang akrab… si adik sebak saat jadi wali kakak 

Begitulah gambaran yang dilalui oleh seorang pemuda menerusi aplikasi Tiktok, dilihat lelaki yang memakai jubah berwarna hijau cuba mengawal emosinya saat menjadi wali di hari pernikahan kakaknya. Hal ini kerana kedua-dua mereka dikatakan mempunyai sebuah hubungan adik-beradik yang sangat akrab. Ketika menyempurnakan sesi akad nikah, pemuda tersebut gagal menahan sebak lalu mengesat air matanya.

@ctnoniey

semoga sahabtku yana kekal till jannah... amin..🤲

♬ original sound - dewi

Ibu mereka berdua turut berasa sedih ketika majlis berlangsung… 


Dalam video seterusnya, dapat dilihat bukan sahaja lelaki itu yang sedang bersedih di atas pernikahan kakaknya. Malah jika diperhatikan betul-betul, ibu kepada dua beradik ini turut mengesat air mata ketika majlis itu berlangsung.
@ctnoniey

Reply to @123cimbam_81 huhuhu, mak pun ikut sedih.. 😭

♬ original sound - Noniey Adnan


Tak terkata & sebak tengok… sayangnya seorang adik terhadap kakak sampai susah nak lepaskan.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak melihat keakraban mereka berdua di dalam video berkenaan. Selain daripada berkongsi pengalaman tatkala diwalikan oleh abang sendiri di hari pernikahan, mereka turut mendoakan yang terbaik buat adik beradik ini.




SC: Tiktok Noniey Adnan