loading...

Langgar jalan berlubang, muka Khairy Jamaluddin habis bercalar jatuh basikal.

 


Beliau yang sudah lama melakukan aktiviti itu andai mempunyai masa terluang juga lokek berkongsi gambar-gambar ketika sedang mengayuh basikal secara berkumpulan secara sendirian di media sosialnya.



Jatuh basikal langgar jalan berlubang 

Namun begitu, menerusi perkongsiannya yang terbaru di Twitter, YB Khairy Jamaluddin atau mesra disapa KJ telah memuat naik gambar keadaannya yang bercalar di bahagian muka disebabkan terjatuh ketika mengayuh basikal.


Dalam perkongsian tersebut, beliau memaklumkan telah terlanggar jalan berlubang sebelum terjatuh daripada basikal berhampiran parit kecil.

Walau bagaimanapun, KJ hanya mengalami kecederaan ringan dan tidak serius.

Cuma alami kecederaan kecil

Muat naik gambar-gambar lokasi kejadian dan wajahnya yang bercalar itu adalah sebagai respon kepada posting yang dibuat oleh R. Syahrir Bakar yang mengucapkan ribuan terima kasih kepada warganet apabila prihatin dengan kondisi Ahli Parlimen Rembau itu.

Semoga cepat sembuh YB

Sehubungan dengan itu, warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan agar KJ segera pulih daripada kecederaan yang dialami.


Ada sebahagian daripada mereka juga berharap agar pihak-pihak tertentu peka dengan keadaan jalan di kawasan-kawansan tersebut kerana bimbang akan berlaku kemalangan yang sama seperti yang menimpa Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi Malaysia.


Rakyat pun dah lama hadap perkara ni

Cuba bayangkan orang tua yang kena


Sumber: Khairy Jamaluddin