loading...

Warga emas maut kemalangan tiga kenderaan

 


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Jalan Harimau Tarum berhampiran Plaza Pelangi, di sini pagi tadi.
.
Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, Amir Kasman, 65, maut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami cedera ringan.
.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd. Rahman, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan tiga kereta jenis Honda Accord, Perodua Myvi dan Proton Saga berhampiran simpang empat di Plaza Pelangi.
.
Katanya, sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan kekuatan sembilan anggota telah dihantar ke tempat kejadian sejurus laporan kecemasan diterima.
.
“Setiba di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi mendapati kereta jenis Honda Accord dipandu mangsa dalam keadaan terbalik dan mangsa tersepit di bahagian pemandu.
.
“Tindakan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat hanya mengambil masa dua minit,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
.
Nordatul Badrol berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut
.
“Mangsa cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut.-K! ONLINE.
.
Oleh: MOHAMAD FAIZAL HASHIM







Baca : 350-kosakata-bahasa-arab-sehari-hari