loading...

Seorang Di Sana Seorang Lagi Di Sini, Wanita Reda Lalui Saat Bersalin Sendiri

 


Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia telah menyebabkan pelbagai kesusahan dan juga kemudaratan kepada orang ramai. Disebabkan virus tersebut, ramai yang kehilangan pekerjaan, harta benda dan terpisah daripada ahli keluarga. Sama jugalah nasibnya seperti seorang wanita ini yang terpaksa mengharungi saat penting bersendirian.

Terpisah dengan suami sejak kandungan berusia 7 bulan 

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok oleh @Memey.Hr, wanita itu dilihat sedang membuat persiapan terakhir sebelum proses melahirkan anak yang dikandung. Menurutnya lagi sejak kandungannya berusia 7 bulan, dia dan juga suami terpisah jauh. Lelaki berkenaan berada di Indonesia manakala dirinya pula di Malaysia. 

@memey_hr

Perjuangan seorang wanita . Ldr smaa suami dari hamil 7 bulan dan waktunya untuk melahirkan 😊 semua serba sendiri ##fyp ##pregnant ##ldr

♬ original sound - Urbbyyygirl




Suamitidak dapatterbang ke sini gara-gara Covid-19

Dek kerana wabak pandemik yang sedang tular, setiap penerbangan dari negara jiran tersebut tidak dapat masuk ke sini. Suaminya yang bekerja sebagai seorang juruterbang hanya dapat berhubung dengannya melalui telefon serta panggilan video. Walau bagaimanapun, bakal ibu itu dilihat terus tersenyum gembira menantikan detik-detik indah bertemu cahaya matanya.



Sama juga ‘ldr’ dengan suami. Ku gagah juga bersalin tanpanya di sisi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tidak lokek mendoakan semoga segala urusan wanita itu dipermudahkan walaupun ketiadaan suami dan juga keluarga di sisi. Malah ada juga yang turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman sama sepertinya.

 




Baca : 350-kosakata-bahasa-arab-sehari-hari