loading...

Mayat nelayan ditemui selepas tiga hari hilang..

 


KUALA LANGAT – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam di perairan Batu Laut, Tanjong Sepat sejak tiga hari lalu ditemui lemas di sini awal pagi tadi.
.
Mayat Abdul Rahman Mat Kasim, 66, ditemui kira-kira pukul 10.45 pagi oleh sekumpulan pemancing di sekitar Kelanang.
.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mayat ditemukan kira-kira lebih kurang 6 kilometer daripada pantai jeti nelayan Kelanang.
.
“Mayat yang kemudiannya dibawa ke jeti tersebut telah disahkan oleh ahli keluarga mereka.
.
“Proses bedah siasat terhadap mayat berkenaan akan dilakukan di Hospital Banting,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
.
Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki terselamat manakala ayahnya dikhuatri lemas selepas bot dinaiki karam di Perairan Batu Laut, Tanjong Sepat di sini semalam.
.
Kejadian tersebut diketahui apabila mangsa terselamat, Mohd. Farizal Abdul Rahman, 40, diselamatkan oleh sekumpulan pemancing yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang.
.
Kedua-dua beranak itu turun ke laut kira-kira pukul 8 pagi dipercayai bagi menangkap udang. – K! ONLINE
.
Oleh: MOHD YUNUS YAKKUB








Baca Juga : kisah pembelahan dada nabi muhammad saw