loading...

[VIDEO] Belum Pernah Hamil, Suami Sebak Rakam Cara Isteri Layan Anak Kawannya

 


‘Bunting pelamin’ sudah semestinya menjadi idaman suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga. Namun tidak semua orang berpeluang merasa rezeki untuk hamil secepat itu. Kalau tidak sebulan dua, ada wanita yang perlu tabah menunggu sehingga bertahun-tahun lamanya untuk menimang anak. Situasi itu juga dirasai oleh Atierah Zulfatie serta Apit Johari. Lebih setahun berkahwin sejak Mac 2019, mereka masih menantikan kehadiran zuriat dengan penuh pengharapan.




Selalu bayangkan isteri aku akan jadi ibu terhebat untuk anak kami nanti 

Dalam sebuah posting yang dimuat naik lelaki ini di Instagramnya sejak beberapa hari lalu, dia sempat merakam gelagat isterinya ketika sedang bermain dengan seorang kanak-kanak lelaki. Duduk di bahagian penumpang, wanita berkenaan dilihat mengucup manja dan tulus merangkul erat si comel itu di dalam dakapannya. Malah terpancar juga riak wajah bahagia kerana dia seolah-olah dapat berkongsikan rasa sayang yang terbuku meskipun bukan kepada anak kandung sendiri.


Semalam pegang anak orang mana tahu terkenan

Walaupun lama menanti, Apit percaya rezeki mereka akan tiba juga nanti selain menyakini isterinya akan menjadi ibu yang cukup hebat buat zuriatnya kelak. Dalam pada itu, wanita yang juga lebih mesra dengan nama Beby Tora ini turut berseloroh dan berharap akan ‘terkenan’ hamil apabila memegang kanak-kanak comel tersebut.

Baca : Pintar Bahasa Arab