loading...

Rumah Tangga Diuji, Babak Suami Nadia Brian Setuju ‘Talak Khuluk’ Cetus Sebak

 


Tidak pasti apakah sebabnya, namun wanita berstatus ‘janda’ kadangkala sering dipandang sinis oleh orang sekeliling. Hakikatnya, mereka yang juga sinonim dengan gelaran ‘ibu tunggal’ ini adalah insan berjiwa tabah kerana mampu meneruskan hidup bersama anak-anak meskipun banyak dugaan. Baru-baru ini, terdapat pula individu tidak bertimbang rasa yang seolah-olah menghina kelompok berkenaan. Mengambil berat isu tersebut, seorang lelaki tampil bersuara untuk memberikan peringatan bersama.



Saya nampak video menghina janda…Kau ingat orang nak sangatjadi janda/duda? 

Daripada luahan seorang bapa tunggal ini, nampaknya dia benar-benar kesal dengan penghinaan yang dilemparkan kepada golongan janda. Sempat melihat rakaman negatif itu berlegar di ruangan TikTok, lelaki yang juga mesra dengan panggilan Encik Ayie ini menegaskan bahawa tiada siapa berharap kehidupan rumah tangga mereka berkecai begitu sahaja. Bahkan masih ramai berusaha keras untuk menyelamatkan hubungan perkahwinan. Namun begitu, takdir Allah mengatasi segala-galanya. 

@tiya_dya

Kawin Dulu Baru Tau Kenapa Orang Selalu Bercerai , Ini Bukan Marah Tapi Nasihat Takkan Nak Kecam Jugak 🤣 ##daddytiya ##tenang ##santai ##steady

♬ bunyi asal - NurulFatehah


Orang tak faham…Bukan senang nak pegang status ibu tunggal 

Mengambil contoh dirinya sendiri, dia juga kini memegang status duda selepas isterinya pergi buat selamanya akibat komplikasi buah pinggang ketika menghamilkan anak kedua mereka dahulu. Meraih jumlah tontonan yang tinggi kurang 24 jam sejak dimuat naik, ramai bersetuju dengan teguran daripada Encik Ayie. Dalam pada itu, netizen menyifatkan bahawa orang yang sedap menghina sebenarnya tidak sedar bahawa semua takdir sudah menjadi ketentuan Ilahi.




Baca : Pintar bahasa arab