loading...

Scammer Datuk Seri Panjat Bangunan Belakang SPRM, Lari Lepas Ditahan Kali Ke-2

 


Sejak akhir-akhir ini, negara telah dikecohkan dengan pembongkaran sindiket Macau Scam sehingga membabitkan nilai ratusan juta ringgit. Di samping sindiket ini rupanya sudah lama memperdayakan ramai individu termasuklah para selebriti untuk ‘mencuci wang haram’, ia malah kembali menjadi tumpuan hangat apabila ‘tokan besarnya’ telah berjaya diberkas.



3 individu termasuk 2 polis ditahan buat kali kedua selepas terbabit dalam pengubahan wang haram 

Terdahulu, seorang lelaki bersama 2 anggota polis telah direman oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan sindiket pengubahan wang haram. Kelmarin, mereka dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan untuk mendapatkan perintah reman. Walau bagaimanapun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur memaklumkan pihak polis telah menahan semula kesemua individu berkenaan membabitkan satu sindiket perjudian di Cheras pula. 





Polis buru suspek datuk Seri…sanggup panjat pagar belakang bangunan SPRM untuk larikan diri

Apa yang mengejutkan, salah seorang suspek utama sindiket pengubahan wang haram bergelar Datuk Seri dilaporkan berjaya melarikan diri. Memetik portal Sinar Harian, dia telah memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum meloloskan diri. Sehubungan itu, pihak polis kini sedang giat mengesan individu berikut. Malah reman baharu akan dipohon supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

 



Baca Juga : donal trump siap kampanye dokter sebut perawatan covid 19 selesai