loading...

Tak Bagi Anak BuatIG, Sikap Nia Ramadhani Dipuji Walaupun Tak Expert Di Dapur

 


Sejak terlibat dalam sinetron ‘Bawang Putih Bawang Merah’, kemunculan Nia Ramadhani semakin menjadi tumpuan masyarakat. Bahkan sejak kebelakangan ini, kisahnya tular gara-gara dikatakan kurang expert dalam pengurusan rumah tangga. Namun siapa menduga, terdapat satu sisi positif yang tidak diketahui oleh peminatnya.

Tak bagi anak ada akaun Instagram…sebab warganet selalu komen tanpa berkir terlebih dahulu 

Menerusi perkongsian di Twitter, Nia Ramadhani telah menyatakan bahawa enggan memberikan izin kepada anak sulungnya untuk memiliki akaun Instagram rasmi seperti orang lain. Dalam pada itu, selebriti wanita ini turut memaklumkan bahawa kehidupan di media sosial tersebut sangat ‘menjengkelkan’. Sambil skrol tab di hadapan Mikhayla Zalindra Bakrie, dia mengingatkan kanak-kanak berkenaan agar mengelakkan diri membaca komen negatif daripada warganet. Bahkan, pelakon itu juga menganggap mereka tidak berfikir panjang sebelum memberikan kata-kata tersebut. 


Ibu macam ini la yang bagus…sebab berkomunikasi secara terbuka dengan anak 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Nia Ramadhani yang positif dalam menasihati anak perempuannya. Meskipun mempunyai kekurangan sebagai seorang isteri, namun mereka mengatakan bahawa ia bukanlah penghalang untuk selebriti wanita itu menjadi seorang ibu yang terbaik. Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih 1.3 juta jumlah tontonan setakat ini. 





Baca Juga : kumpulan kisah nabi muhammad saw