loading...

Warga Emas Redah Highway Lawan Arus Semata- Mata Lupa Bawa Kad ‘Touch n Go’

 

Walaupun kita dah berhati-hati, namun kadangkala sikap pengguna jalan raya lain yang tidak bertanggungjawab boleh merisikokan nyawa semua. Terbaharu, tular sebuah rakaman memaparkan aksi seorang warga emas yang memandu kereta secara melawan arus.

Warga emas lawan arus redah highway sejauh 2 KM 

Bedasarkan klip video berdurasi 1 minit lebih itu, difahamkan kereta terbabit dipandu sejauh 2 kilometer dalam kelajuan yang minima di Lebihraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). Malah pemandu berkenaan juga dilihat beberapa kali cuba memberhentikan keretanya di lorong paling kanan laluan bersebelahan sebelum bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain.



Rupanya terlupa bawa kad ‘Touch n Go‘ sebelum nekad Uturn balik rumah 

Memetik laporan Harian Metro, tindakan itu dipercayai berlaku gara-gara lelaki berusia 73 tahun terbabit tidak membawa kad ‘Touch n Go‘ sebelum mengambil keputusan membuat U-Turn. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, pada mulanya lelaki itu dikatakan memandu dari rumahnya menuju ke sebuah pasar raya berdekatan namun tersalah jalan dan memasuki LKSA.




Insiden menyebabkan 1 kereta terbabas & sebuah lagi bertembung 

Bagaimanapun, kejadian pada 5 petang itu menyebabkan sebuah kenderaan terbabas manakala sebuah lagi kereta bertembung dengan Pak Cik terbabit. Dalam pada itu, individu terbabit sudah dibawa ke IPD Shah Alam untuk memberi keterangan.


Baca Juga : Kisah Umar bin Khattab, Sang Penjaga Islam