loading...

[VIDEO] ‘Seriau’ Anak Kena Inject, Reaksi Gelabah Suami MUA Bella Lucu Habis

 


MUA Bella merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia solekan. Anak kelahiran Kedah itu juga antara jurusolek popular yang telah memiliki lebih 1 juta followers di laman sosial Instagram. Bahkan kehidupan usahawan terkenal itu semakin mendapat perhatian ramai selepas melahirkan cahaya mata ketiga iaitu iaitu Muhammad Aisy Ean Yusuf.

Bapak hati tisu, kesian tengok anak menangis…punya la takut sampaitutup telinga 

Baru-baru ini, MUA Bella berkongsi paparan video tatkala membawa bayi lelaki itu mendapatkan injection di sebuah pusat rawatan. Namun reaksi suaminya iaitu Anuar Muhammad pula mencuri tumpuan apabila dilihat tidak sanggup melihat anaknya disuntik. Bukan sahaja berasa kasihan, malah dia turut menutup telinganya semasa mendengar tangisan Ean Yusuf. Dalam pada itu, usahawan wanita ini sempat mengusik kononnya perbuatan suaminya seolah-olah sedang mendengar bunyi bom.


Gelabah habis si bapak, tak boleh tengok anak teriak macam tu…padahal Ean Yusuf relaks je 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lelaki berkenaan yang tak sanggup tengok anak menangis. Selain itu, mereka turut berkongsi sifat penakut suami masing-masing yang lebih kurang sama dengan Anuar. Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih hampir 200 ribu jumlah tontonan setakat ini.