loading...

Terpalit Kontroversi Video Panas, Pihak Pengurusan Hun Haqeem Tampil Buka Mulut

 

Selain ‘Kampung People‘, populariti Hun Haqeem semakin naik mendadak selepas membintangi muzik video single terbaharu Datuk Seri Nurhaliza berjudul ‘Siapa Tak Mahu’. Namun, imejnya tercalar apabila dikaitkan dengan kontroversi video dewasa yang tular di media sosial sejak beberapa lalu.

Didakwa wajah mirip individu dalam video dewasa yang tular 

Menerusi video berdurasi 42 saat itu, memaparkan aksi tidak senonoh seorang lelaki yang dikatakan mirip pelakon drama ‘Kampung People‘ berkenaan. Sebelum penyebaran klip tersebut, turut tular beberapa keping gambar tangkap layar yang didakwa miripnya.



Pihak pengurusan sudah kenal pasti penyebar video ‘tak bermoral’.. 

Susulan daripada kontroversi tersebut, Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) selaku pihak pengurusan pelakon berusia 22 tahun itu bertegas akan mengambil tindakan terhadap penyebarnya. Sementara itu, Datuk David Teo memaklumkan penyebaran video ‘panas’ tersebut juga sudah dikenal pasti.

Saya terpanggil untuk membuat penjelasan mengenai Hun Haqeem, artis di bawah pengurusan Metrowealth. Banyak artikel, video & foto telah tersebar di platform media sosial. Dengan ini saya telah berunding bersama pihak peguam bahawa kita telah mengenal pasti penyebar tersebut.



Tidak teragak-agak akan ambil tindakan kepada yang terlibat.. 

Tegas beliau, pihaknya memandang serius perkara ini dan memberi amaran kepada individu terlibat untuk memadam video tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang. Dalam pada itu, David sempat berpesan supaya berfikir dahulu sebelum menyebarkan fitnah.

Baca Juga : Kisah Perjalanan Nabi Muhammad SAW, Sirah Nabawiyah Bagian 1