Genap 17 tahun baru boleh mohon lesen kereta
SEMALAM tular kisah adik umur 9 tahun memandu kereta.
Untuk info, kelayakan Lesen Belajar Memandu (LDL) yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengikut umur adalah:
- Berumur melebihi 16 tahun untuk kelas A, B2, B dan C
- Berumur melebihi 17 tahun untuk kelas A1, D dan DA
- Berumur melebihi 21 tahun untuk kelas E,F,G,H,I dan lesen vokasional kecuali CON berumur 18 tahun
- Lulus ujian undang-undang Bahagian 1 dan keputusan ujian telah dikemaskini (masih berkuatkuasa dalam tempoh satu(1) tahun)
- LDL boleh dikeluarkan dan diperbaharui bagi tempoh 3 atau 6 bulan sehingga tempoh maksimum 2 tahun daripada tarikh mula lesen dikeluarkan
- Genap umur 16 tahun sudah melayakkan diri kita memiliki lesen kenderaan di antaranya lesen motor B2 ataupun superbike BFull kuasa 500cc.
- Bagi lesen memandu kereta pula sama ada automatik mahupun manual syarat kelayakannya adalah genap 17 tahun manakala yang berhasrat ingin memohon lesen E (bas/lori) haruslah berumur 21 tahun ke atas.
Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video tersebut.
Kanak-kanak lelaki yang memandu kereta Proton Saga itu dipercayai baru berumur 9 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, bertindak atas maklumat, polis telah menjalankan siasatan dan berjaya mengesan kereta dan kanak-kanak terbabit.
Katanya kepada Sinar Harian, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu memandu kereta di Kampung Bongek tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya.
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak yang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.
Beliau berkata, polis mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan masyarakat terhadap isu berlaku.
Rata-rata warganet meninggalkan komen pelbagai pandangan yang berbeza. Antaranya:
- Cbj Sounds – Fuuu bahaya
- Nurin Hasbullah – Ini kes istimewa…dari aspek keyakinan diri, keberanian dan kemahiran serta keupayaan…kanak-kanak ini wajar dipuji…hebat
- Azli Ahmad – Dok kmpg2 cmtu la..moto bapak aku pon abis aku kerjakan masa kecik2 dulu
- Amie Mohamad – sampai ke kaki tekan padel
- Wanan Abms – Mmg hebat budak ni tp yg heran smpy pulak kaki dia pijak pedel kete tu. Ape² pon semoga di permudahkan urusan keluarga adik ni. Jgn ulangi lagi buat mcm ni di zaman viral.
- Pokyie Pok Yie – Salah ttp salah tpi Aku doakan kamu dewasa kelak menjadi seorg pelumba profesional yg mengharumkan nama negara