loading...

[VIDEO] Bawa Lagu ‘Sempurna’ , Anak Teruna Ashira Aziz Menangis Rindu Depan TV

 


Malam tadi, konsert minggu kedua ‘Gegar Vanganza’ musim ketujuh (GV7) telah berlangsung dengan begitu meriah sekali. Dikenali menerusi lagu berjudul ‘Di Ombak Resah’, nama Ashira Aziz dilihat semakin meningkat naik sekali gus mencuri perhatian pencinta arena seni suara tempatan. Tidak cukup dengan itu, ibu tunggal ini turut diumumkan sebagai bintang yang menerima ciapan paling tinggi di Twitter.

Dihalau keluar rumah sehari gara-gara sewa bulanan tertunggak.. 

Terdahulu, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Abdul Aziz mengakui tiada punca pendapatan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu. Malah disebabkan tidak mampu membayar sewa rumah bulanan selama enam bulan, dia kemudian dihalau keluar sehari selepas mendapat berita terpilih menyertai rancangan tersebut.


Nyanyian penuh emosi, buat ramaiterkesan.. 

Mendendangkan lagu ‘Sempurna’ oleh ‘Andra and The Backbone‘, ternyata penyanyi berusia 35 tahun ini berjaya memukau juri dengan persembahan mantap serta kehebatan vokalnya. Bahkan kemampuannya membawa lagu tersebut dengan penuh emosi sekali gus membuatkan ramai terkesan.


Anak tunggal menangis depan TV rindukan ibu.. 

Bagaimanapun menerusi sepotong video yang dikongsi di laman Twitter Shasha Aziz, menyaksikan Megat Shazli Haziq Hadi menangis sewaktu menonton persembahan ibunya. Remaja berusia 14 tahun itu dilihat mengesat air matanya menggunakan t-shirt yang dipakai. Sementara memetik laporan Gempak, Ashira mengakui sebak selepas melihat rakaman tersebut selain merindukan anak terunanya.

 




Baca Juga : Ini Ucapan Selamat Hari Raya Idul Fitri yang Sahih.