loading...

Tragedi Rope Swing: Wanita Terhempas Atas Batu, Rupanya Penganjur Tiada Permit

 


Beberapa hari lalu, kecoh di laman sosial mengenai tragedi menimpa seorang wanita sewaktu bermain terjunan ‘rope swing‘ di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Siti Halijah And Rahim dikatakan mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang selepas terjatuh sewaktu melakukan aktiviti tersebut.

Baca: 350 Kosakata Bahasa Arab Sehari-Hari dan Artinya

Tergantung sebelum 10 meter sebelum terhempas ke atas batu.. 

Menyerot kronologi tersebut, wanita berusia 33 tahun itu dikatakan tergantung pada ketinggian 10 meter sebelum terhempas di atas dan jatuh ke dalam sungai. Insiden meruntun jiwa terbabit dipercayai berpunca daripada kesilapan teknikal pada kabel yang diikat pada badannya. 




Sukan ‘rope swing‘ rupanya tiada permit sah sejak 2017.. 

Ekoran daripada tragedi meruntun jiwa itu, kerajaan negeri Selangor telah mengarahkan semua aktiviti hayunan tali tinggi dihentikan serta-merta sekali gus mengosongkan kawasan berkenaan. Sementara itu, pihak bertanggungjawab menegaskan bahawa Majlis Daerah Hulu Selongor (MDHS) tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan permit kepada penganjur untuk menjalankan aktiviti berkenaan sejak 2017.






Akan memantau perkembangan semasa Siti Halijah.. 

Aktiviti lasak itu hanya dibenarkan sehingga pihak berkuasa tempatan mengkaji serta meluluskan peraturan berkaitan di bawah sub program pemurnian pelancongan Selangor. Bagaimanapun, pihak mereka akan terus memantau perkembangan semasa Siti Halijah yang kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Selayang.