loading...

Budak Lepaskan Rindu Di Kubur Bapa, Kadang2 Mahu Makan Nasi Di Tepi Pusara

 


Sekiranya kehilangan seorang bapa, anak-anak sudah tentu akan merindui kehadiran ‘hero’ kesayangan dalam kehidupan mereka setelah dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Itu perasaan boleh digambarkan terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang dipanggil Adam apabila bapanya Adam Hanif Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir.

Ada kala tidak dapat menahan rindu, budak berusia lima tahun itu meluahkan hasrat ingin menjamah nasi di tepi kubur arwah bapanya apatah lagi bergelar anak bongsu yang begitu manja dengan orang tua.

Malah umur sekecil itu juga tidak menghalang Adam untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT ketika menziarahi pusara bapanya agar arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

Posting yang dimuat naik di Facebook The Thirdforce Rantau Panjang itu menerima beberapa komen netizen yang mendoakan supaya Adam menjadi anak soleh serta berjaya dunia dan akhirat.

Namun tiada maklumat lanjut mengenai keluarga adik Adam pada posting berkenaan walaupun mungkin akan tampil pelbagai pihak yang ingin membantu.



Sumber : Facebook

Baca Juga : Kisah Nabi Muhammad SAW dari Lahir sampai Wafat