loading...

[VIDEO] Excited Member Bagi Hadiah, Sekali ‘Bengang’ Tengok Baju Kemain Senteng


 Terdahulu, tular sebuah video seorang jejaka yang tampak gembira gara-gara menerima hadiah daripada rakannya. Namun siapa menyangka, dia cuma disakat sahaja pada ketika itu. Kini sekali lagi, misi untuk mengusik seakan-akan bersambung apabila mereka memberikannya satu hadiah yang lain pula. Berbeza seperti sebelumnya, surprise tersebut telah dilakukan di sebuah gelanggang sukan.


Happy dapat kejutan sekali lagi daripada member...terus bergegas pergi cuba baju baru

Menerusi video di aplikasi TikTok, jejaka tersebut tidak menyedari bahawa rakan-rakan telah memberikan pelbagai hadiah untuknya. Dia yang gembira dengan kejutan itu terus beredar ke bilik persalinan untuk mencuba baju sukan baharu. Namun kejadian pernah ditipu sebelum ini dirasakan berulang kembali selepas pemuda berkenaan muncul dengan pakaian yang ketat dan senteng.




@itakimobali

Raket Viral part 3 ##fyp ##fypシ ##foryoupage

♬ Surrender - Natalie Taylor

Bengang punya pasal, terus baling kasut dekat kawan…bila pakai baju tu, nampak macam pemain besbol

Gara-gara bengang ‘dikenakan’ lagi, lelaki tersebut terus membaling kasut sukan ke arah kawannya sebelum beredar dari gelanggang sukan itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi wajah yang dipamerkan oleh pemuda berkenaan. Mereka juga berseloroh baju yang dipakainya seolah-olah seperti seorang pemain besbol. Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih 1.5 juta jumlah tontonan setakat ini.