loading...

|Meninggal Dunia Akibat C0vid-19, D0kt0r Ini Sempat Tunai Solat Subuh Buat Kali Terakhir


Baru-baru ini tular foto seorang pesakit sedang solat di atas hospital, mengundang reaksi dan meruntun jiwa netizen. Difahamkan, pesakit merupakan seorang doktor pakar di Kota Makassar.
Doktor ini bernama Adnan Ibrahim, telah disahkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Jumaat lalu setelah tewas berjuang melawan Covid-19.
Kita sedia maklum, kesan paling bahaya COVID 19 adalah pada paru-paru, ketika paru-paru dijangkiti pesakit akan memerlukan oksigen tambahan.

Minta izin nak solat dulu

Jika kandungan oksigen masih tidak mencukupi, pesakit akan memerlukan mesin bantuan pernafasan (ventilator) bermula dengan ‘non invasive’ seperti dalam gambar ini, pada ketika ini pesakit masih sedar.
Jika keadaan bertambah teruk, pesakit perlu dimasukkan tiub terus ke salur utama pernafasan (intubated). Untuk mengelakkan refleks melawan salur tersebut di samping mengatur pernafasan dengan mesin, pesakit akan diberi ubat bius yang akan membuatkan pesakit hilang kesedaran.
Dr Adnan sedia maklum impak selepas prosedur itu dijalankan, maka beliau meminta izin untuk solat sebelum prosedur tersebut dilakukan keatasnya.

Meninggal dunia akibat Covid-19

Namun, nyawa Dr Adnan tidak dapat selamatkan, ternyata itu solat terakhir beliau. Beliau tidak lagi sedar kembali sesudah itu dan disahkan meninggal dunia.
Difahamkan juga, Dr Adnan merupakan doktor yang kelima di kota itu atau yang ke-77 di Indonesia yang wafat akibat Covid-19. Ketika hidupnya, arwah telah berjuang untuk merawat dan mengawal pandemik yang melanda negaranya.

Ramai doktor sudah terkorban

Rakan terdekatnya, Dr Wachyudi Muchsin telah mengorbankan nyawa untuk berjuang menangani Covid-19 di Indonesi.
“Kepergian dokter Adnan menambah duka mendalam. Sudah 5 dokter Makassar gugur dipertempuran kemanusiaan Covid-19,” katanya…”
Jenazah almarhum telah selamat dikebumikan di pemakaman khusus milik Pemerintah Provinsi Sulawesi Selatan yang berada di Macanda, Kecamatan Somba Opu, Kabupaten Gowa.
Sumber : Riauonline