loading...

Angkara Drama 7 Hari Mencintaiku 2, Bapa Diceramahkan Oleh Anak Kecil!


Sekali lagi mencetuskan fenomena, drama bersiri keluaran Media Prima TV3, 7 Hari Mencintaiku 2 berjaya meninggalkan kesan yang mendalam buat penonton setiap kali episod drama berkenaan disiarkan.
Watak antagonis Mak Leha dan Nurul Ain sering kali mencetuskan kemarahan dan perbalahan di media sosial gara-gara sifat mereka yang bikin geram dalam kalangan penonton. Bukan setakat itu, hubungan suami isteri antara pasangan di dalam drama berkenaan juga turut memberikan kesan dalam diri penggemar drama bersiri berkenaan.

“Cerita yang mama suka tulah…”

Tak dinafikan, drama waktu petang ini juga turut ditonton bukan sahaja oleh orang dewasa, bahkan kanak-kanak juga turut terpalit dengan jalan cerita yang ditonjolkan dalam drama 7 hari mencintaiku musim yang kedua.
Gelagat kanak-kanak perempuan yang mengulas mengenai drama kegemaran ibunya itu berjaya menggeletak hati pengguna media sosial yang lain.
Lebih melucukan, diakhir perbualannya kanak-kanak perempuan berkenaan, dia turut menasihati bapanya agar tidak berkelakuan seperti didalam drama berkenaan.
Keletah kanak-kanak ini dipuji kerana dilihat sungguh mengambil berat dalam hubungan kekeluargaan dan pengajaran dalam drama yang telah ditonton olehnya itu
Sumber: Twitter.